Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) diwujudkan untuk memantapkan tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam komuniti perniagaan di Malaysia bagi mengurangkan kadar jenayah serta memerangi rasuah di sektor awam dan swasta.
Program CISM membantu syarikat dan organisasi mengadakan persediaan awal ke arah mempersiapkan diri dalam menghadapi undang- undang mengenai liabiliti korporat untuk rasuah (corporate liability for corruption) di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Pendaftaran dan penyertaan program CISM boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal CISM ini.
Setiap organisasi/syarikat yang telah selesai melengkapkan program CISM akan menerima sijil penghargaan penyertaan.
Sekiranya berminat untuk menyertai program CISM, pihak organisasi/syarikat boleh menghubungi [email protected] atau klik butang di bawah.
Tarikh aktiviti dan program CISM sepanjang tahun.
Dapatkan maklumat serta berita terkini berkenaan CISM.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas.