Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) diwujudkan untuk memantapkan tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam komuniti perniagaan di Malaysia bagi mengurangkan kadar jenayah serta memerangi rasuah di sektor awam dan swasta.

Apa itu program CISM?

Program CISM membantu syarikat dan organisasi mengadakan persediaan awal ke arah mempersiapkan diri dalam menghadapi undang- undang mengenai liabiliti korporat untuk rasuah (corporate liability for corruption) di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimana menyertai program CISM?

Pendaftaran dan penyertaan program CISM boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal CISM ini.

Apa yang akan diperoleh setelah menyelesaikan program CISM?

Setiap organisasi/syarikat yang telah selesai melengkapkan program CISM akan menerima sijil penghargaan penyertaan.

Di mana hendak bermula?

Sekiranya berminat untuk menyertai program CISM, pihak organisasi/syarikat boleh menghubungi cism.iim@iim.gov.my atau klik butang di bawah.

Ahli-Ahli Meja Bulat Integriti Korporat CISM

0
Anggota Meja Bulat
0
Prinsip Antirasuah
0
Inisiatif CISM
0
Organisasi yang telah memperoleh sijil penyertaan

Pelancaran Portal Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Skip to content