Fasa Pelaksanaan Program CISM​

Proses program CISM terdiri daripada empat langkah iaitu permohonan dan pendaftaran, pelaksanaan, pemantauan serta penghargaan.

Syarikat atau organisasi memohon dan mendaftar untuk menyertai program CISM melalui portal CISM.

Syarikat atau organisasi diberi tempoh selama dua tahun untuk membangun dan melaksanakan tujuh Inisiatif CISM berdasarkan Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM.

Syarikat atau organisasi dikehendaki mengemas kini status pelaksanaan inisiatif CISM melalui portal CISM pada setiap tiga bulan dari tarikh kelulusan pendaftaran sehingga prestasi keseluruhan mencapai 100%.

Sijil penyertaan program CISM akan dikeluarkan oleh pihak CISM melalui platform portal CISM selepas syarikat atau organisasi memenuhi semua kehendak inisiatif CISM yang ditetapkan dan prestasi keseluruhan telah mencapai 100%.

Skip to content