Visi, misi dan model CISM

Visi CISM

Mengukuhkan ekosistem komuniti perniagaan di Malaysia yang berintegriti dan bebas amalan rasuah

Misi CISM

Penggerak utama bagi menerajui inisiatif-inisiatif pencegahan rasuah di Malaysia

Model Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Kerangka CISM dibangunkan sekitar tahun 2010 untuk menyokong inisiatif integriti korporat bagi meningkatkan integriti korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab korporat di bawah hala tuju model Ekonomi Baharu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Integriti Nasional (PIN).

Hasil daripada kerangka tersebut, Model CISM diwujudkan berdasarkan satu rangkaian integriti melibatkan pelbagai pihak seperti badan profesional, dewan perdagangan, ahli akademik, pihak berkuasa kawal selia dan agensi penguatkuasaan. Selain itu, ia turut membabitkan syarikat multinasional (MNC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat awam berhad (PLC) dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ahli-Ahli Meja Bulat Integriti Korporat CISM

Skip to content