Cara Menyertai

Syarikat atau organisasi yang berminat untuk menyertai program CISM hendaklah mendaftarkan akaun terlebih dahulu bagi membolehkan wakil/pegawai syarikat atau organisasi mengakses papan pemuka (dashboard) pengguna. Pendaftaran akaun hendaklah dibuat atas nama syarikat. Manakala pengaktifan akaun pula dilakukan menerusi pautan (link) yang dihantar melalui alamat e-mel yang telah didaftarkan.

Sebaik sahaja kebenaran mengakses dashboard pengguna diperoleh, wakil syarikat perlu melengkapkan semua maklumat yang diperlukan di samping memuat naik dua dokumen berikut:

  1. Surat permohonan penyertaan oleh pengurusan tertinggi syarikat yang lengkap dengan kepala surat (letter head)
  2. Sijil perakuan pendaftaran perniagaan syarikat atau organisasi daripada agensi berkaitan seperti SSM

Setelah selesai, wakil/pegawai syarikat atau organisasi perlu menekan butang ‘hantar’ bagi membolehkan permohonan tersebut diproses. Pemakluman status permohonan akan diberikan menerusi e-mel.

Sebarang pertanyaan berkaitan status permohonan boleh diajukan menerusi cism.iim@iim.gov.my.

Skip to content