Soalan Lazim

CISM

Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) adalah satu inisiatif yang dibangunkan dengan tujuan memperkukuh tadbir urus korporat. Ia dibangunkan dengan kerjasama lapan organisasi yang dikenali sebagai ahli Meja Bulat Integriti Korporat. Pembangunannya adalah selari dengan standard antarabangsa yang diamalkan oleh sektor swasta di Malaysia.

Objektif utama CISM adalah untuk:
i. Membantu organisasi/syarikat mewujudkan dan menguruskan program pencegahan rasuah; dan
ii. Menerap nilai-nilai etika dan tadbir urus korporat ke dalam budaya perniagaan negara.

i. Menyediakan perancangan strategik CISM dan menetapkan kaedah pengukuran pencapaian.
ii. Membantu komuniti perniagaan meningkatkan sistem, prosedur dan polisi sedia ada bagi mengelakkan sebarang amalan rasuah dengan lebih cekap dan berkesan melalui proses Rantaian Nilai CISM.
iii. Menilai keberkesanan pelaksanaan Rantaian Nilai CISM.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan Pengerusi RTD CISM.

Program CISM

CISM merupakan program yang fleksibel serta sesuai dengan pelbagai kategori dan saiz syarikat/organisasi di Malaysia yang dilaksanakan secara sukarela. Program ini dilaksanakan secara penilaian dan pemantauan kendiri (self-assessment and self-monitoring).

Program CISM membantu organisasi/syarikat mempersiapkan diri sekiranya disabitkan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang liabiliti korporat, Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif atau langkah-langkah yang mencukupi bagi memastikan tiada gejala rasuah dalam syarikat/organisasi.

Program CISM adalah percuma. Oleh itu, tiada kos atau caj bayaran dikenakan kepada syarikat/organisasi untuk menyertai program ini.

Program CISM dibuka kepada semua syarikat/organisasi yang berdaftar serta diperbadankan dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan di Malaysia. Ini termasuk:
• Syarikat multi nasional tempatan dan luar negara (MNC)
• Syarikat senaraian awam (PLC)
• Badan berkanun (persekutuan dan negeri)
• Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
• Syarikat pelaburan kerajaan (GIC)
• Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC)
• Syarikat milik kerajaan (GOC)
• Syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD)
• Syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)
• Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
• Pertubuhan lain yang berdaftar di Malaysia

Ikrar Integriti Korporat (CIP) merupakan salah satu daripada keperluan dalam program CISM.

Keberkesanan pelaksanaan program CISM bergantung kepada komitmen dan kesungguhan organisasi/syarikat, khususnya pengurusan tertinggi dalam melaksanakan semua inisiatif pencegahan gejala rasuah yang telah ditetapkan.

Program CISM bukan inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP). Tetapi, inisiatif-inisiatif dalam CISM menyokong inisiatif yang terkandung dalam NACP; misalnya dengan membangunkan polisi-polisi pencegahan rasuah yang bersesuaian untuk organisasi/syarikat. Ia juga dapat membantu organisasi/syarikat membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang merupakan salah satu inisiatif dalam NACP.

Pelaksanaan tujuh inisiatif dalam CISM tidak dipantau secara langsung oleh CISM kerana program ini menggunakan pendekatan pengisytiharan kendiri (self-declaration), yang mana wakil organisasi/syarikat perlu mengemas kini Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM dalam tempoh dua tahun (sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan) setelah permohonan menyertai program CISM diluluskan.

Penyertaan organisasi/syarikat akan terbatal sekiranya semua inisiatif CISM tidak dapat dikemas kini dalam tempoh dua tahun. Organisasi/syarikat perlu membuat permohonan semula untuk menyertai program ini.

Skip to content