5 Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat Di Malaysia

Penyertaan dalam program CISM menandakan persetujuan syarikat atau organisasi untuk mendukung lima Prinsip Antirasuah Bagi Syarikat-Syarikat di Malaysia ke arah usaha memerangi rasuah dalam syarikat atau organisasi.

Prinsip Pertama

Komitmen untuk menggalakkan nilai integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik

  • Tidak membenarkan sebarang perbuatan rasuah dalam apa jua bentuk, samada secara langsung atau tidak langsung
  • Memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Kod Etika pada setiap masa
  • Mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada mereka yang mempunyai integriti dan etika yang tinggi
  • Mewujudkan budaya kerja positif yang mengutamakan integriti
  • Meningkatkan saluran aduan yang selamat dan boleh diakses oleh seluruh warga serta lain-lain pihak bagi tujuan melaporkan perbuatan rasuah

Prinsip Kedua

Mengukuhkan sistem dalaman yang menyokong pencegahan rasuah

  • Membangunkan program pencegahan rasuah bagi menjelaskan nilai-nilai, dasar dan prosedur bagi mencegah perbuatan rasuah
  • Memperbaiki sistem serta prosedur sedia ada bagi mengelakkan sebarang amalan rasuah
  • Mengadakan audit dalaman secara berterusan bagi mengelakkan penyalahgunaan dana serta aset
  • Memasukkan program pencegahan rasuah, peningkatan nilai-nilai etika dan integriti dengan memberi latihan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga anggota kerja

Prinsip Ketiga

Pematuhan undang-undang, polisi dan prosedur yang berkaitan dengan usaha memerangi rasuah

  • Memastikan semua undang-undang, dasar dan prosedur yang berkaitan dengan rasuah dipatuhi
  • Memastikan tadbir urus yang baik dilaksanakan, dipantau dan diamalkan, perniagaan dijalankan secara telus serta bertanggungjawab bagi mengelak konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan salah laku.

Prinsip Keempat

Pembanterasan segala bentuk gejala rasuah

  • Tidak bertolak ansur terhadap mana-mana pekerja atau mana-mana pihak lain yang terlibat dalam rasuah yang berkaitan dengan perniagaan tanpa mengira kedudukan serta status
  • Untuk melaporkan perlakuan rasuah yang berlaku di premis perniagaan kepada Pihak Berkuasa yang berkaitan.

Prinsip Kelima

Menyokong inisiatif pencegahan rasuah oleh kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

  • Menyokong kempen pencegahan rasuah oleh kerajaan dan SPRM
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Pihak Berkuasa, agensi kawal selia dan SPRM berhubung pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang bagi menentang rasuah
  • Menyokong segala inisiatif pencegahan rasuah yang dibuat oleh SPRM
  • Mengatur program pencegahan rasuah secara berterusan melalui penubuhan jawatankuasa khas atau Jabatan Pematuhan Integriti
  • Mewujudkan hubungan erat dengan Pihak Berkuasa dan SPRM
  • Mengadakan modul latihan secara berterusan bagi pencegahan rasuah, etika dan integriti
Skip to content