Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah berjaya menganjurkan Seminar Integriti Korporat (SIK) pada 15 Oktober 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Syed Nahar, Ibu Pejabat MADA, Alor Setar, Kedah.
Program yang menghimpunkan 70 orang pemegang taruh KEDA ini menjadi platform perkongsian ilmu dan kesedaran tentang kepentingan integriti, tadbir urus baik dan pematuhan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Liabiliti Korporat) dalam memperkukuh kepercayaan dan kelestarian perniagaan.
Antara pengisian utama seminar:
- Sesi I: “Seksyen 17A Akta SPRM 2009: Kunci Kelestarian & Kepercayaan Perniagaan” oleh YBrs. Puan Fareedah Kamarulzaman, Ahli EXCO Transparency International Malaysia.
- Sesi II: “Pembelaan Syarikat: Tatacara Mencukupi dan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)” oleh YBrs. Encik Mohd Rais Ramli, Pengarah Pusat Integriti Sektor Perniagaan, IIM.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Hajah Afifah Haji Omar, Pengurus Besar KEDA, manakala majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Harisham Ibrahim, Ketua Pegawai Sektor Operasi, IIM.
Program ini memperlihatkan komitmen bersama untuk membangun legasi perniagaan berintegriti, dihormati dan dipercayai selaras dengan hasrat memperkukuh ekosistem tadbir urus korporat negara.








