Mesyuarat Ahli Meja Bulat (RTD) CISM Bil 1/2023

Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama Meja Bulat (RTD) Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) bagi tahun 2023 bertempat di IIM pada 15 Februari 2023.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Ahli Mesyuarat RTD CISM yang terdiri daripada wakil-wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Transparency International Malaysia (TI-M), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (BURSA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk ahli baharu RTD CISM iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Mesyuarat pada kali ini telah membincangkan program dan gerak kerja yang lebih komprehensif bagi tahun ini bertujuan mempromosi dan menggalakkan lagi penyertaan syarikat Malaysia khususnya kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Pelbagai program dan inisiatif baharu akan diperkenalkan pada tahun ini termasuk mend

Skip to content