Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) 2023–2025 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2022.
Bengkel dua hari ini dihadiri oleh wakil-wakil agensi ahli Meja Bulat (RTD) CISM iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Transparency International Malaysia (TI-M), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia.
Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk melihat semula pelaksanaan dan pencapaian Pelan Strategik 2020-2022, pembangunan visi, misi dan objektif baharu untuk CISM dan cadangan Pelan Strategik CISM 2023-2025. Selain itu, pembangunan Terma Rujukan (TOR) Ahli Meja Bulat, cadangan melihat semula senarai semak CISM dan pemantapan portal CISM turut dibincangkan.
Ucapan aluan dan penutupan majlis telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM merangkap Pengerusi RTD CISM.