











Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Bengkel “_Train The Trainers (TTT)_” bagi Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada 28 dan 29 Julai 2022.
Seramai 27 orang peserta telah hadir pada bengkel ini yang terdiri daripada Ahli-ahli Mesyuarat RTD-CISM iaitu wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia Berhad dan pegawai-pegawai IIM.
Sesi pengajaran dan perkongsian telah dilaksanakan oleh pegawai IIM dan SPRM dalam meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai sebelum pelancaran dan pelaksanaan CISM ini kelak kepada sektor swasta terutama PKS pada penghujung bulan Ogos 2022.