Satu majlis penyampaian sijil penyertaan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 8 Mei 2024 bersempena dengan Pameran Defence Services Asia & National Security Asia (DSA& NATSEC ASIA) 2024 anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Sijil tersebut disampaikan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin kepada DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) dan Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat merupakan vendor MINDEF yang telah berjaya melengkapkan semua keperluan CISM dalam tempoh yang telah ditetapkan lanjutan daripada pelaksanaan projek rintis CISM secara bersama antara IIM dan MINDEF sejak Disember 2023 yang lalu. Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha MINDEF untuk menggalakkan integriti dan pencegahan rasuah dengan mempromosikan tadbir urus yang baik dalam kalangan pemain industri menerusi penyertaan CISM.

Turut bersama menyaksikan majlis tersebut ialah YB Tuan Haji Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan dan Encik Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi Institut Integriti Malaysia (IIM).

Skip to content