IIM Anjurkan Latihan Pengguna Portal CISM Kepada Konsultan

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan program latihan kepada pengguna bagi Portal Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada 26 Julai 2023. Ia diadakan sebagai persediaan sebelum Portal CISM tersebut dibuka kepada umum bagi menawarkan penyertaan kepada pihak luar yang berminat.

Di samping itu, penganjuran program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan maklumat kepada para konsultan mengenai keseluruhan proses dalam Program CISM yang melibatkan permohonan dan pendaftaran, pelaksanaan, pemantauan serta penghargaan. Ini penting supaya mereka  dapat memberikan penerangan yang jelas dan tepat apabila berurusan dengan mana-mana syarikat dan organisasi yang berminat untuk menyertai Program CISM ini, khususnya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Selain itu, pengetahuan berkaitan Program CISM yang dilaksanakan menerusi portal CISM ini juga penting supaya Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat (SPSK) termasuk pihak konsultan juga boleh menawarkan dan menerangkan kepada wakil-wakil syarikat dan organisasi untuk menyertai latihan-latihan yang ditawarkan melalui Modul Kursus Komprehensif CISM dan Latihan Tatacara Mencukupi.

Program latihan selama separuh hari ini telah disampaikan oleh Encik Razlan Azwan dan Encik Aidilfitri daripada Hartamaya Network.

Skip to content