Kunjungan Hormat IIM ke MACA

Pegawai-pegawai kanan IIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) pada 27 Mac 2023 yang diketuai oleh Encik Mas Affendi Masarudin, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Menanggung Kerja Pengurus Besar Kanan Khidmat Korporat).

Pertemuan ini adalah bagi menjalin kerjasama bagi program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) di bawah seliaan IIM dan memantapkan kandungan Modul Sijil Profesional Kepimpinan Integriti (SPKI) yang telah dibangunkan oleh IIM bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pihak MACA menyambut baik hasrat IIM dan bersedia bekerjasama dengan IIM untuk melaksanakan semakan dan penambahbaikan Modul CISM agar ia sesuai dengan keperluan semasa sektor korporat dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Ini termasuk menambahkan elemen-elemen lain seperti jenayah kolar putih yang melibatkan penyelewengan dan pemalsuan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. KPKPj Zuhairie Abu Bakar, Timbalan Pengarah (Pengurusan). MACA. Turut hadir adalah KPKPj Zakiah Hassan, Timbalan Pengarah (Akademik dan Latihan Asas) dan pegawai-pegawai daripada Bahagian Dasar dan Bahagian Latihan MACA.

Skip to content