Mesyuarat Ahli Meja Bulat (RTD) CISM Bil. 2/2023

YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat (RTD) Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kali ke-2 bagi tahun 2023 bertempat di IIM pada 11 April 2023.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Ahli Mesyuarat RTD CISM yang terdiri daripada pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Transparency International Malaysia (TI-M), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bursa Malaysia Berhad (BURSA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), termasuk ahli baharu iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Bahagian Pelaburan Syarikat Malaysia (MKD).

Mesyuarat telah membincangkan tentang program dan gerak kerja yang lebih komprehensif bagi tahun ini bertujuan mempromosi dan menggalakkan lagi penyertaan syarikat di Malaysia khususnya dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memantapkan lagi ekosistem integriti dan governans di negara ini.

Ini termasuk pelancaran portal CISM baharu di bawah kelolaan IIM serta penganjuran Forum CISM secara bersama yang dijadualkan pada bulan Jun kelak.

Skip to content