Program Rintis Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan program rintis Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) pada 21 dan 22 Mac 2023 kepada 11 syarikat yang telah menerima sijil penyertaan program CISM bagi tahun 2022

Ucapan aluan kepada para peserta disampaikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.

Penganjuran program ini merupakan lanjutan daripada pelancaran Modul Kursus Komprehensif CISM pada 14 September 2022 yang bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada organisasi mengenai inisiatif-inisiatif dalam CISM.

Program ini juga dianjurkan sebagai kursus ulang kaji (refresher course) agar pelaksanaan inisiatif CISM akan dilakukan secara berterusan dengan sokongan serta komitmen penuh oleh pengurusan tertinggi syarikat.

Antara syarikat yang hadir ialah Sime Darby Plantation Berhad, Indah Water Consortium, AIA Shared Services, PUSPAKOM Sdn Bhd, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), Law Firm of Teo, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd dan Persatuan Wanita Dalam Urus tadbir & Teknologi Malaysia (WIGTA). Turut hadir ialah wakil Meja Bulat Integriti Korporat (RTD) CISM iaitu daripada Transparency International Malaysia (TI-M), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada konsultan IIM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Skip to content