Seminar Integriti Pembinaan (SIP)

Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Negeri Kedah telah berjaya menganjurkan Seminar Integriti Pembinaan (SIP) yang bertemakan “Kontraktor Berintegriti Dasar Pembangunan Negara” pada 27 Februari 2025, bertempat di Royale Signature Hotel.

Seminar yang diterajui oleh Pusat Integriti Sektor Perniagaan IIM ini telah disertai lebih dari 100 orang kontraktor- kontraktor dan agensi pembinaan berdaftar dengan CIDB. Turut menjayakan seminar adalah Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Tn Hj Rahman bin Mohd Din, Pengarah CIDB Negeri Kedah, En Muhammad Fariq bin Abd Hamid dan  Penguasa Kanan SPRM Negeri Kedah,Tuan Syahrul Khuzaini Bin Amiruddin.

Semoga penganjuran seminar SIP ini dapat meningkatkan pemahaman dan kesedaran berkaitan Liabiliti Korporat, kesalahan serta kaedah pencegahannya bagi memastikan tadbir urus terbaik dalam sektor pembinaan di Malaysia melalui pelaksanaan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

Skip to content