Meja Bulat Integriti Korporat

Objektif & Tanggungjawab​

Objektif penubuhan Meja Bulat Integriti Korporat adalah untuk memupuk dan menggalakkan nilai-nilai beretika dan bebas rasuah dalam komuniti perniagaan negara serta menyokong inisiatif-inisiatif integriti dalam komuniti perniagaan supaya nilai integriti, etika dan tanggungjawab perniagaan dipertingkatkan di bawah pelan anti-rasuah negara, garis panduan dan amalan baik industri berkenaan.

Tanggungjawab Anggota Meja Bulat Integriti Korporat adalah untuk:

Menyediakan perancangan strategik CISM dan menetapkan kaedah pengukuran pencapaian;
Membantu komuniti perniagaan meningkatkan sistem, prosedur dan polisi sedia ada bagi mengelakkan sebarang amalan rasuah dengan lebih cekap dan berkesan melalui Rantaian Nilai CISM;
Menilai keberkesanan pelaksanaan Rantaian Nilai CISM.

Pada tahun 2017, kajian semula terhadap keberkesanan CISM dan tindakan pengukuhan program CIP serta peranan ahli Meja Bulat Integriti Korporat dilaksanakan. Antara tindakan yang diambil adalah menyatu dan mengukuhkan peranan Meja Bulat Integriti Korporat dengan menilai semula peranan setiap anggota.

Pada tahun 2018, senarai keanggotaan Meja Bulat Integriti Korporat telah dikemas kini dengan penyertaan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) sebagai ahli baru mengikut perubahan struktur badan pentadbir negara. Kini, keanggotaan Meja Bulat Sistem Integriti Korporat Malaysia adalah terdiri daripada 7 organisasi iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Integriti Malaysia, Transparency International Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bursa Malaysia Berhad dan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara.

Skip to content