1. Belum selesai(Pending)
Pemohon belum hantar permohonan bersama dokumen sokongan yang dikehendaki.
2. Sedang diproses(In process)
CISM menerima permohonan bersama dokumen sokongan dan sedang memproses permohonan. Pemohon tidak boleh lakukan sebarang perubahan dalam akaun dalam tempoh 14 hari atau sebelum keputusan permohonan dikeluarkan.
3. Dikembalikan(Revert)
CISM memerlukan maklumat tambahan untuk proses permohonan. Pemohon perlu memberi maklum balas dalam tempoh 5 hari.
4. Ditolak(Rejected)
Permohonan tidak berjaya dan ditolak. Permohonan boleh ditolak atas sebab-sebab seperti berikut:
5. Diluluskan(Approved)
Permohonan berjaya dan diluluskan. Penandatangan CIP boleh mula mengemas kini prestasi dengan menjawab Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM. Proses ini dilakuan secara self-declaration oleh penandatangan CIP. Penandatangan CIP, terutamanya Pegawai Tertinggi organisasi dan admin syarikat yang dilantik, adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat yang dibekalkan sepanjang proses pelaksanaan. Penandatangan CIP hendaklah melengkapkan proses ini dalam masa 2 tahun dari tarikh permohonan diluluskan.
6. Selesai(Completed)
Penandatangan CIP mencapai prestasi keseluruhan 100% berdasarkan Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM.
7. Tidak selesai dalam 2 tahun(Incomplete within 2 years)
Penandatangan CIP tidak melengkapkan Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM dalam masa 2 tahun atau tidak mencapai prestasi keseluruhan 100% berdasarkan Senarai Semak Pelaksanaan Inisiatif CISM. Penandatangan CIP tidak boleh teruskan proses. Penandatangan CIP perlu hubungi Urus Setia CISM dan hantar semula permohonan.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan CISM
Panduan & manual untuk pengguna laman sesawang CISM
Dapatkan maklumat & berita terkini berkenaan CISM
Tarikh aktiviti dan program CISM sepanjang tahun.
Dapatkan maklumat serta berita terkini berkenaan CISM.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas.